Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2011

~✿..Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu..bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN..aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU..✿~

>>> Andainya kamu adalah JODOHKU yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa KASIH di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita BERPANDANGAN kelak..BAHAGIA itu pasti menjadi MILIK kita, itu janji Allah..aku SAYANG kamu kerana Allah…(✿◠‿◠)

Advertisements

Read Full Post »

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Sumber:

ILuvIslam

Read Full Post »

Jodoh adalah antara rahsia Allah. Begitu juga dengan tarikh mati. Kita tak tahu…. Tapi Allah Maha Mengetahui. Saya berani katakan, jodoh kamu semua adalah bergantung pada tahajjud kamu.

Mengapa pula begitu? Jodoh yang biasa-biasa adalah dari kalangan orang yang biasa-biasa dengan pertemuan yang biasa-biasa dengan cara berpacaran yang biasa-biasa muda-mudi lakukan. Manakala, Jodoh yang luar biasa dari golongan orang yang soleh, solehah yang luar biasa amalan mereka di sisi Allah. Bertemu dalam redha, berpisah jua redha. Luar biasa.

Jom pergi kepada dalil: 1. Nikmat dan rahmat tersembunyi TERAHSIA di sebalik tahajjud. Firman Allah dalam Surah al-Sajdah (32):16-17 (baca dalam terjemahan Al-Quran)

2. Tahajjud bukan sahaja untuk minta jodoh yang baik, malah menjadi pembeza antara kamu dan manusia lain di akhirat: Imam al-Mubarakfuri berkata: “Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka.”

3. Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah minta jodoh yang baik. Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, ‘Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni’.” (HR Bukhari) ****

Jadi, tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta’ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata ya. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman.

Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya.

Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah

Read Full Post »

Hari ni tiba-tiba saja aku rasa yang aku harus terima kenyataan. Aku perlu redha dengan keputusan ALLAH s.w.t.. Aku perlu akur dengan segala ketentuan yang telah ALLAH s.w.t. berikan kepada setiap hambanya di muka bumi ini..

Jahatnya hati aku ni Ya ALLAH.. Aku selalu mempertikaikan keputusanMu. Aku selalu mempersoalkan setiap keputusanMu.. Aku sering bertanya, kenapa dia bukan aku? kenapa dia bahagia bukan aku? kenapa dia berjaya bukan aku? kenapa dia kaya bukan aku? kenapa dia selalu dapat apa yang dia hajati bukan aku? kenapa dia yang dapat bukan aku sedangkan aku amat mengharapnya? kenapa dia?? kenapa?? kenapa dia?? Ya ALLAH, berdosanya aku.. Ampunkan segala dosa-dosaku Ya ALLAH..

Amat payah hatiku untuk aku terima dengan redha apa yang telah engkau kurniakan kepada hambamu yang lain sedangkan limpah kurniamu kepada aku tidak terkira banyaknya. Malah, aku mempersoalkannya lagi. Aku cemburu ya ALLAH, aku cemburu. Aku terlalu cemburu kepada mereka Ya ALLAH. Perasaan cemburu aku ni amat susah untuk aku buangkannya, seolah-olah iany telah sebati dengan diri aku ini.. Ya ALLAH, bantulah aku. .buangkanlah perasaan cemburu terhadap orang lain yang terdapat dalam hatiku ini. Bantulah aku untuk aku redha dengan segala keputusanmu..

Jahatnya aku ya ALLAH.. Aku sentiasa berharap mereka yang berjaya itu akan tewas, mereka yang kaya itu akan miskin, mereka yang bahagia itu akan merana.. Jahatnya aku ya ALLAH.. selalu mengharapkan benda yang buruk-buruk berlaku kepada orang lain.. selalu mengharapkan yang baik itu tidak akan terjadi kepada mereka. Namun, Engkau yang berkuasa.. Engkau yang telah menetapkan semuanya.. Bantu aku ya ALLAH.. bantu aku..

Ya ALLAH, tuhan sekalian alam.. ampunkan dosa-dosaku ya ALLAH.. terlalu banyak dosa yang aku telah lakukan dibumi yang indah ini.. terlalu banyak maksiat yang aku lakukan..terlalu banyak laranganMu yang aku buat ya ALLAH.. Ampunkan aku ya ALLAH.. Ampunkan aku.. Janganlah Engkau matikan aku sebelum Engkau mengampunkan aku.. Janganlah kau matikan aku sebelum Engkau menerima taubatku.. Sesungguhnya aku amat takutkan sakratul maut.. aku amat takutkan seksaan kubur..dan aku amat-amat takutkan nerkaMU ya ALLAH.. bantulah aku ya ALLAH.. Ampunkanlah hambaMu yang hina ini.. sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.. Ampunkan aku ya ALLAH.. Berilah aku kekuatan untuk aku redha dengan setiap keputusanMu..                                                  Amin..Amin ya rabbal alamin…

Read Full Post »

Tarikh hari ni cantik 11/11/11, ditambahkan lagi dengan hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan.. ALHAMDULILLAH, syukur kepada ALLAH s.w.t atas limpah rahmatnya yang membenarkan aku untuk bernafas lagi dibumi ciptaan-Nya yg indah ini..

Sempena tarikh yang cantik 11/11/11 dan hari yang baik iaitu hari Jumaat, aku percaya ramai yang menggunakan kesempatan ini untuk membuat sesuatu yang baik dalam hidup mereka. Ada yang bertunang dan akad nikah hari ni.. Semoga ikatan suci yang terbina sempena tarikh yang cantik ini berkekalan dengan ke akhir hayat. Jangan hanya tarikh saja yang cantik tetapi ikatannya tidak secantik tarikhnya.

Sempena tarikh yang cantik ini 11/11/11, aku juga berazam untuk melakukan sesuatu yang perubahan yang baik dalam diri aku sendiri. Aku berazam untuk menjadi seorang hamba ALLAH s.w.t. yang baik, patuh segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Aku ingin mendekatkan diri aku dengan ALLAH s.w.t. dengan serapat yang mungkin. Aku ingin setiap nafasku ini hanya untuk ALLAH sahaja. Aku ingin perjalanan hidupku seharian di dalam redha ALLAH.. Ya ALLAH,hanya padamu sahaja aku bermohon segalanya.. Peliharalah aku dengan rahmatMu.. Sesungguhnya aku amat mengharapkannya Ya ALLAH..

Selain itu, azamku yang lain ialah hendak memberi sepenuhnya tumpuan aku kepada tesis aku.. Target aku ialah untuk menghantar draf tesis aku kepada pembaca selewat-lewatnya akhir Disember 2011 ni untuk aku melayakkan diri untuk di viva awal tahun depan.. InsyaALLAH.. Asrar, jangan main-main lagi.. teruskan usahamu itu..

Itu saja coretan aku sempena 11/11/11.. Jom hayati nasyid ini..

 

Read Full Post »

Hari ni aku terbaca satu artikel mengenai hati di ILuvIslam.com.. Hatiku sangat2 tersentuh dengan kata-kata ni.. Semuanya benar belaka.. sO, aku nak share dengan kalian semua..

Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma’aruf.

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

Hati itu bukan hati aku lagi..

Heal my heart ya Allah..

Bless me with a new heart..

Read Full Post »

Aku baru saja mendapat satu berita sedih.. Si dia telah bertunang dengan insan lain.. Aku sebenarnya mengimpikan Si dia adalah jodoh yang aku tunggu selama ini. Namun, ALLAH s.w.t telah menetapkan di luh mahfuz bahawa dia bukan untuk ku.. Aku cuba untuk meredhakan diri dan menerima kenyataan bahawa dia bukan untukku.. Bukan senang untuk aku menerima kenyataan ini kerana telah hampir 9 tahun aku menyimpan perasaan terhadap si dia.. Aku hanya mampu untuk menyimpan perasaan ini seorang diri kerana aku malu untuk meluahkan kepada si dia walaupun peluang untuk aku berbuat demikian terbentang luas. Aku akui yang aku malu untuk menyatakan perasaan aku kepada si dia dan hanya mengharapkan ALLAH s.w.t. menyampaikan hasrat hati aku kepada si dia melalui doaku.. dan akhirnya, aku telah mendapat keputusan yang selama ini aku tunggu dari ALLAH s.w.t.. DIA bukan untukku.. Dalam kesedihan ku ini, aku mendapat satu kata-kata nasihat dari seorang kawan. Di sini, aku kongsikan nasihat itu untuk kalian yang sedang bersedih seperti aku…

BAHAGIA hanya sementara?
Apabila difikirkan dengan AKAL yang positif, Allah masih SAYANGKAN kita..Dia tidak mahu kita terus LALAI dengan perasaan itu, kadangkala ada juga insan yang berfikiran SINGKATdan membiarkan diri BERDUKA dan terus menjadi mangsa cinta insan..

✿~ Mengapa perlu terus bersedih andai kita tahu ada yang lebih MENYAYANGI?
✿~ Mengapa perlu terus bersedih andai kita tahu ada yang lebih MEMAHAMI?
✿~ Mengapa perlu terus bersedih andai kita tahu ada yang lebih MENCINTAI?
✿~ Mengapa perlu terus bersedih andai kita tahu ada yang boleh MEMBERIKAN kita segalanya..
✿~ Mengapa perlu terus bersedih andai kita tahu ada yang lebih SETIA..
✿~ Mengapa perlu bersedih andai kita tahu bahawa DIALAH segalanya buat kita..

>>> Janganlah bersedih andai TIADA insan untukmu, belum masanya untuk kamu menerima semua ini..JAGALAH cinta kepadaNya, insyaAllah akan ada CINTA yang lain bersamaNya..yang lebih baik untukmu..(✿◠‿◠)

SemOga Hari EsOk Memberikan Sinar Baru dan Kebahagiaan kepada kita semua.. Ameen.. THANKS ALLAH FOR EVERYTHINGS…

Read Full Post »

Older Posts »