Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2012

 Kehidupan di dunia ini menjanjikan seribu satu ujian yang mencabar kekuatan diri. Kata bijak pandai, bukanlah masalah itu sudah menjadi mudah, namun anda telah menjadi semakin kuat. Begitulah hikmahnya Allah menurunkan ujian demi ujian kerana dengannya, manusia akan kembali mengingatkan Tuhan yang menciptakannya dan memohon dipinjamkan kekuatan daripada-Nya Yang Maha Kuat.

Namun, kita ini tetap manusia yang punya hati budi dan perasaan. Setiap kali ujian, kita pasti merasa kegusaran. Seorang ulama Sufi di zaman tabi’in, Imam Hasan al-Basri menunjukkan kita jalan ketenangan dengan berpesan. Empat kata-kata yang merupakan kunci meraih ketenangan ialah:

1. “Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang.”

Kata-kata ini membawa kefahaman kepada kita bahawa manusia yang faham benar konsep rezeki pasti tidak akan mengorbankan masa untuk persediaan akhiratnya demi kepentingan duniawinya. Mana mungkin ditinggalkan solatnya walau satu waktu, hanya kerana ribuan ringgit. Mana mungkin diabaikan pahala menjaga ibu yang tua kerana kepentingan lain. Mana mungkin ditinggalkan ibu tuanya yang memakai pampers dengan linangan air mata, semata-mata untuk menjadi si kaya dengan merantau ke bumi lain, sedangkan pendapatannya hari ini sudah lebih daripada cukup.

2. “Aku tahu bahawa tugasku (sebagai hamba) tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya.”

Sahabat-sahabat yang kucinta kerana Allah,

Jika kita ditugaskan untuk solat lima waktu, maka kewajipan itu ke atas diri kita. Tidak diterima solat orang lain yang kita bayar untuk menggantikan kita menunaikan solat. Jika kita dibebani dengan kewajipan menutup aurat, maka tidak diterima dari orang lain yang kita bayar untuk menggantikan kita menutup aurat. Jika kita sebagai suami yang membiarkan anak isteri tanpa makanan kerana kelalaian, lalu ada insan yang bersimpati menghulurkan bantuan, kewajipan kita tetap tidak terangkat. Kita adalah pendosa kerana mengabaikan kewajipan yang telah diamanahkan.

3. “Aku yakin Allah memerhatikanku, lalu aku malu untuk menjatuhkan diriku ke dalam dosa.”

Allahu Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُ ۥ‌ۖ  وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيد
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
(Surah Al-Qaf 50:Ayat 16)

Sahabat-sahabat yang dikasihi, sekiranya anda menjadi seorang imam solat (waktu mengadap Tuhan) adakah anda sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sopan?

Sudah tentu tidak. Tetapi mengapa?

Kerana anda yakin bahawa ada mata yang memandang anda di belakang. Mata para makmum yang berkomunikasi baik dengan lidah mereka sehingga kejelikan akhlak anda cepat tersebar. Jika diikutkan, anda tidak mampu melihat ke belakang, bahkan anda juga tidak tahu apakah makmun tadi benar-benar melihat anda, anda juga tidak tahu adakah makmun tadi masih bersama atau sudah mufaraqah dari anda, tetapi lihatlah, betapa keyakinan anda sudah memadai untuk menjadikan anda imam yang penuh kesopanan.

Cuba kita bayangkan, seandainya kita berkeadaan seperti ini pada setiap ketika iaitu berkeadaan seolah-olah seorang imam yang sentiasa berasa diri diperhatikan, sudah pasti kita akan jauh daripada dosa dan penderhakaan. Sudah pasti, kita akan semakin hampir dengan Allah dan merasakan ketenangan hati.

4. “Aku tahu ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya.”

Imam al-Suyuti dalam kitabnya Sharh al-Sudur bi Sharh hal al-Mawta wa al-Qubur menukilkan kata sahabat Nabi Abu Darda’ R.A tentang ajal kematian:

Peringatan yang memberi kesan dan suatu yang diabaikan yang segera datang, memadailah kematian sebagai pemberi peringatan dan memadailah masa (umur) sebagai pemutus. Hari ini di dalam bilik, esok di dalam kubur.

Renungilah 4 kata-kata kunci ketenangan ini.

Advertisements

Read Full Post »

~✿..Indahnya jika dapat jadi WANITA YANG SEDERHANA yang BELAJAR mencintai Allah, belajar mencintai Rasulullah, dan belajar mencintai akhirat..ditambah lagi jika ada “PENDAMPING” yang sama-sama belajar untuk MEMPERBAIKI DIRI, menjadi terindah dan sangat TERINDAH pada pandangan Ilahi, subhanAllah..✿~

>>> Ya Allah..IZINKAN aku, izinkanlah aku jadi wanita sederhana..yang MENCINTAI AKHIRAT, kabulkanlah..amin ya Allah, amin..♥♥

p/s : Bila berjalan seorang diri, TERSENYUM DI HATI..terasa indah kerana ada yang sedang “MEMERHATI” diri ini iaitu PENCIPTAKU, Maha Cinta..:)

Read Full Post »

~✿..Tidak ada PERATURAN dalam dunia jika kita suka pada seseorang, seseorang itu KENA suka pada kita balik..ada jodoh, adalah..jika tidak ada jodoh, BERKAWAN saja..Allah janjikan bahagia itu untuk semua..✿~

>>> Jangan letakkan seseorang itu HAK MILIK kita selagi tiada ikatan AKAD NIKAH belum terpatri dalam hubungan yang sedang dibina..semuanya terletak pada KETENTUAN Allah..berdoa sahaja jika benar-benar MENGHARAPKAN..♥♥

Read Full Post »

~✿..Saya tahu saya tidak cantik, tapi walupun saya tidak cantik..saya tetap ada KELEBIHAN, kerana saya tidak cantik..maka, saya tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..kerana saya tidak cantik, maka..saya tidak mengharapkan PUJIAN dari mana-mana lelaki atau wanita dan akhirnya kerana saya tidak cantik, saya MENEMUI insan IKHLAS mencintai saya seadanya..✿~

>>> Cantik itu SUBJEKTIF..tidak semua mata dapat melihat, hanya yang ISTIMEWA sahaja berpeluang..BERSYUKURLAH kamu untuk semuanya..sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu indah tiada nilai..cantik tiada tandingnya, kamu adalah kamu..seperti mana yang Dia mahu dan yang SEBAIKNYA ialah kamu MENDIDIK DIRI menjadi hamba yang TAAT dan hamba yang selalu BERSYUKUR atas kurniaanNya..♥♥

p/s : IKHLASLAH dalam memburu PAHALANYA..kamu tidak rugi satupun jika meraih REDHANYA, insan yang BERBANGGA dengan kecantikan yang ada merupakan manusia yang rugi di sisiNya kerana tidak tahu menilai yang TERBAIK melalui pandanganNya..:)

Read Full Post »

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini,

“Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”

 Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikan-Nya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu. Ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabi’e nya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan kita. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima ‘warna-warni’ kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “Sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.” Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita menikmati alam seperti seadanya. Akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah. Malah, kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nanti hasilnya, katakan pada diri, “Aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”

Jika yang diharapkan berlaku, maka bersyukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka maka bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun, apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah. Dia akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdir-Nya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stress keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah. Allah tidak akan mengecewakan kita.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi

 Artikel iluvislam.com

Read Full Post »

Pernah tak terfikir, saat bila kita mula berkenalan dengan Allah? Kalau ditanya, mungkin ramai yang akan kata, lahir ke dunia ni mestilah terus kenal Allah. Umur 5 tahun dah di ajar Iqra’. Umur 6 tahun di ajar solat. Umur 8 tahun mula puasa penuh. Jadi, dah lama la kita kenal Allah ni. Tapi kalau di tanya, Allah tu macam mana? Apa sifat-sifat Allah? Yang 20 tu. Apa nama-nama Allah? Yang 99 tu… em.. belum tentu semua orang ingat. Belum tentu semua orang hafal. Paling penting, belum tentu semua orang tahu. Paling teruk, belum tentu semua orang benar-benar nak tahu. Yang tahu, kenal Allah bila solat. Kenal Allah bila mengaji. Kenal Allah bila puasa. Tapi, Allah kan ada di mana-mana. Tiap-tiap ketika. Tak sedar keAllah tu sentiasa ada?

Saya mula berkenalan dengan Dia pada tahun 2009. Hah? Baru 2 tahun?! Ye! Baru 2 tahun.

Habis tu, selama ni tak kenal Allah? Bukan tak kenal. Kenal, tapi tak cukup kenal. Jadi, buat-buat kenal.

2 tahun tu jangka masa yang cukup singkat. Kalau bayi, mungkin dah boleh jalan. Tapi bercakap, pelat lagi. Macam tu la tempoh masa perkenalan saya dan Dia. Cukup pendek. Tapi, satu hal yang sangat-sangat saya kenal, pasti dan yakin tentang Dia. Allah ni kan… SWEET~~

Allah ni Sweet

Takkan ada manusia yang mampu jadi pendamping hidup setanding Dia.

Dia Pemberi Kekuatan

Kemana saya pergi, Dia akan sentiasa di sisi. Menemani diri saat saya keseorangan, menemani diri saat saya kesedihan, menemani diri saat saya kegelisahan. Jadi, takkan pernah rasa takut sebab Dia ada.

Terkadang bila nak balik rumah dari placement, badan terasa sangat penat. Berdiri 8 jam sepanjang hari, berkejar ke sana sini, nak drive balik rumah tersangat-sangat penat. Ditambah dengan kesesakan jalan raya. Pernah sekali kat traffic light, sebab dah lama sangat tunggu, bila bersandar kat tempat duduk, tak sedar terlena. Nasib baik Dia kejutkan. Lampu dah hijau! Okeh, gerak. Walapun dah ngantuk sangat, tapi Dia suruh kuatkan diri. Alhamdulillah, selamat sampai rumah. Makan, solat, tido.

Terkadang pernah balik seorang diri dari Ferryden Park. Pukul 11.30 malam. Nak balik Evandale. Gelap gelita sudah. Sorang-sorang. Takut ke? Tak… Gementar je sikit. tapi takpe, Dia kan ada. Dia akan sentiasa jaga saya.

Allah kan Maha Melindungi. Sweet kan?!

“Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah.”
(Al-Baqarah: 107).

Dia Peneman Bicara

Banyak yang terpendam di lubuk hati. Tapi terkadang terasa nak meluahkan pada seseorang. Tapi terkadang ragu. Bukannya boleh dapat penyelesaian. Dan terkadang ada kata-kata yang tak terluah.

Tapi pada Dia, saya tak malu nak bercerita. Semua sekali! Walaupun terkadang ada kata-kata yang segan untuk dituturkan dengan kata-kata, tapi Dia kata takpe. Tak perlu ucapkan dengan kata-kata pun. Tak perlu susahkan diri untuk susun ayat. Sebab Dia kata Dia dah tahu apa yang terpendam dalam hati saya tanpa perlu saya kata apa-apa. Wah! Allah tu sweet kan!

“Katakanlah, Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya,” Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu.”
(Ali ‘Imran: 29).

Dia yang Kaya Raya

Selalukan kalau kita dengar cerita atau tengok kawan kita yang keluar dating tiba-tiba bawak balik banyak hadiah. Teddy bear la, kad la, bunga la, baju, kasut dan etcetera. Banyak o.. Pastu semua orang mula la puji. “Eh, bagus la pakwe ko. Sweetnye~~”

Eleh, cukup sweet dah ke tu? Kalau yang bf tu sekadar guna duit loan, scholar, atau kerja nak belanja kita, mesti akan ada tika masanya kita kena jugak guna duit sendiri. Paling-paling duit tambang bas, teksi atau komuter nak keluar. Still! Duit kita akan kurang jugak. Siapa yang berani kata duit dia tak pernah kurang walau 1 sen pun setiap kali keluar? (Tapi sekarang 1 sen dah tak laku. Jadi, 5 sen la).

Tak cukup sweet tu…
Kalau dengan Dia, Dia sangat kaya raya. Duit-duit yang saya dapat, semua daripada Dia. Bukan saja duit, semua yang saya ada sekarang ni, semua Dia yang bagi. Segala-galanya. Amacam? Hebat tak Dia. Ada ke manusia yang sehebat Dia? Pasti tiada!

Tapi kan, sebab Dia sangat sweet, Dia tak bagi semua ni pada saya directly. Nak tambahkan sweetness tu, Dia bagi melalui medium lain. Daripada ma abah, daripada sponsor saya dan lain-lain. Sebab kalau Dia bagi direct, Dia tahu saya akan segan sebab saya tak ada apa-apa pun nak bagi untuk balas balik apa yang Dia dah berikan pada saya. Sweetkan Allah?!

“Katakanlah (Muhammad), ” Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?” Maka mereka akan menjawab, “Allah.” Maka katakanlah, “Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)?”
(Yunus: 31).

Dia yang Pemaaf

 

Manusia ni susah nak mengaku salah. Paling teruk, susah nak meminta maaf. Haih!

Dengan Dia, saya ada BANYAK kisah tentang kesalahan, kesilapan dan… keMAAFan.

Daripada mula saya lahir, sampailah umur 23 tahun  dah banyak kali dah saya sakitkan hati Dia. Dia kata jangan buat, saya buat jugak. Apa yang Dia suruh buat, saya tak nak buat. Degil! Kalau dengan manusia, dah lama dah saya patut kena marah. Tapi, Dia tak pernah marahkan saya. Dia sabar layan kerenah saya. Sebab Dia tahu, masa tu saya tak betul-betul kenal Dia, saya tak benar-benar fahami Dia. Jadi, Dia bagi saya peluang lagi.

Tapi bila dah tahu, bila dah kenal, terkadang tu tetap jugak saya ulang balik kesalahan yang lalu. Tapi, dengan muka tak malunya, saya pergi minta maaf kat Dia balik. Dan Dia… selagi roh masih belum ditarik ke kerongkong… Dia PASTI akan tetap maafkan saya. Sweetnye~~

“Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(Az-Zumar: 53).

Dia Pemberi Ketenangan

Keluh kesah. Resah gelisah. Perasaan yang setiap orang pasti pernah merasainya. Bila nak exam, bila kena siapkan assignment, bila nak pergi interview etcetera.

“Aku kalau ada apa-apa masalah, aku tak kisah. Kalau dengar je suara Adam (bukan nama sebenar), hati aku mesti tenang.” 

Kalau sesama perempuan?
Sesama perempuan ni lain. Diorang tak faham sebab kita sama kan. Kalau dengan yang berlainan “makhluk” ni, lebih mudah untuk saling memahami. Cas yang sama kan saling menolak. Bila cas yang berlainan baru saling menarik.” erk!

Tapi, bila bergaduh…
“Benci betul la aku dengan si Adam (masih bukan nama sebenar). Dah banyak kali call, tapi tak angkat phone pun! Dia yang buat salah, tapi dia pulak yang merajuk. Dah la…. (terhamburlah semua kekurangan si Adam tuh).” A’ah, tenang la sangat.

Paling tak best, bila perempuan yang marah, si Adam pun ikut merajuk sekali. Bukannya nak pujuk. Perempuan pulak yang kena pujuk balik. Apekah! Come on la Bro! Tak sweet!!!

Haih~

Tapi kalau dengan Dia, tak pernah ada kes main tarik-tarik tali ni. Sebab yang pasti, Dia takkan pernah merajuk dengan saya walau apa pun yang saya buat. Dan setiap kegelisahan, kesedihan, kesulitan, Dia pasti sentiasa menemani saya, mengurangkan bebanan perasaan. Dan takkan pernah berhenti. Sweet kan?!

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”
(Ar-Ra’d: 28).

Yang Pasti, Dia pun Rindukan Saya Jugak!

Allah ni sweet. Dia bagi saya banyak sangat nikmat yang takkan mampu saya hitung. Tapi tulah. Dah pun namanya manusia. Yang bermaksud pelupa.

Ada ketika saya buat dunno je dengan Dia. Dia sentiasa ada je kat sisi. Tapi terkadang saya tak layan pun Dia. Tapi, Dia tetap jugak bagi saya macam-macam nikmat. Saya pulak tak berterima kasih pun kat Dia. Sebab bila saya syok sendiri sangat, lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat saya setiap sesuatu tu. “Ek” betul saya kat Dia, kan!

Tapi… Dia sangat sweet… Dia pun rindu saya jugak. Dia nak saya ingat kat Dia. Dia nak saya sebut nama Dia. Dia nak saya minta tolong pada Dia. Sebab kalau boleh, Dia memang nak bagi semua benda yang saya mintak on the spot! Tang tang tu jugak Dia boleh bagi. Tapi ada yang Dia hold dulu. Sebab Dia nak saya dapat yang lagi BEST! Lagi SYOK!

“…Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216).

Jadi, bila Dia dah mula rindukan saya, Dia bagi ujian. Dia bukan nak susahkan saya. Tapi sebab Dia nak tahu, betul ke saya cintakan Dia? Kat bibir kata cinta, tapi kat hati macam mana? Dan paling penting, Dia nak saya ingat kat Dia. Sebab Dia sangat-sangat rindu kat saya. Jadi bila diuji, saya rasa sedih, saya rasa payah, saya rasa sakit. Saya mesti nangis! Tapi, bila macam ni, satu kata yang pasti saya sebut. Dan saya sangat pasti bukan hanya saya, tapi kita semua pasti akan sebut… \”Ya Allah!\”

Dan Dia pasti akan gembira. Sebab kita dah ingat Dia balik. Rindu yang terlerai… Sweet~~~

“Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu…” (Al-Baqarah, 152).

Dia Pendamping Abadi

 

Dia sangat memahami saya. Betul, Dia sayang saya. Tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba, yang Dia sendiri ciptakan. Setiap manusia perlukan pendamping. Yang bersifat sama. Seorang hamba.

Jadi setiap orang dah ditentukan jodoh masing-masing. Termasuklah saya sendiri. Tapi, semua orang nak yang terbaik. Saya pun! Dan Dia tahu saya nakkan yang terbaik. Oleh kerana sayangnya Dia pada saya, Dia hadiahkan saya satu nasihat. Takkan sama kaca dengan permata. Kita meminta emas, takkan kita nak berikan gangsa?

“… sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)…”
(An-Nur: 26).

Saat itu, takkan pernah tercepat. Dan takkan sekali-kali terlambat. Bila si dia di sisi, yang pasti Dia tetap di hati.

Awak dah berkenalan dengan Allah? Kalau belum, mulakan lah perkenalan. Bimbang kalau terlambat. Dan awak takkan pernah sedar… Yang Allah tu sweet~~~

Thank you Allah!

Read Full Post »

Sometimes Allah breaks your spirit to save your souls.
Sometimes, HE breaks our heart to make us whole.
Sometimes, Allah allows pain so we can be stronger.
Sometimes, Allah sends us failure so we can be humble.
Sometimes, Allah allows illness so we can take better care of ourselves…

Sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything HE gave us..
Make plans but understand that we live by Allah’s grace..
Ameen…

 

Read Full Post »

Older Posts »